by 07:34 0 comments

MELANAU

Masyarakat Melanau adalah masyarakat yang terdapat di Sarawak. Umumnya masyarakat Melanau mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu baik dari segi kepercayaan, kebudayaan dan adat resam.
Namun masyarakat Melanau tetap mempunyai budaya dan adat resam mereka yang tersendiri.
Suku kaum Melanau berkumpul di persisiran pantai seperti lembah utara Sungai Rajang, Igan, Mukah, Oya dan Bintulu.
Pada asalnya, masyarakat Melanau merupakan pagan(tidak mempunyai agama), tetapi kini, ekoran pemerintahan Kesultanan Brunei dan kemudiannya keluaga Brooke, ramai antara mereka yang beralih kepada agama Islam dan Kristian.
Masyarakat Melanau mempunayi kepercayaan terhadap kuasa ghaib dan kuasa luar biasa.
·       Mereka percaya bahawa dunia ini mempunyai 3 lapisan, iaitu atas, pertengahan dan bawah yang di dalamnya ada unsur baik dan jahat.
·       Kuasa kuasa yang ghaib yang menjaga setiap lapisan ini menyebabkan masyarakat Melanau ditimpa penyakit atau kesusahan.
·       Makhluk makhluk halus ini dikenali sebagai ‘jin’, ‘ipok’, ‘amow’, ‘tow’ dan ‘during;.
·       Sekiranya makhluk halus marah atau mengamuk, khidmat dukun atau bomoh akan digunakan untuk memujuknya.
·       Ekoran arus permodenan dan anutan Islam yang meluas dalam kalangan penduduk Sarawak, kepercayaan terhadap kuasa halus kian berkurangan.
Kelompok dialek Melanau dapat dipecah kepada 4 kelompok penempatan utama:
·       Kawasan Rajang- Belawai, Rajang, Paloh, Daro, dan Matu
·       Kawasan Mukah- Mukah, Jebungan, Penakub, Teh, Sesoh dan kawasan sekitar Mukah-Dulat
·       Kawasan Balingian Tatau- Sungai Balingian, Sungai Tatau
·       Kawasan Bintulu- Sungai Kemena, Sebiew

PAKAIAN TRADISI KAUM MELANAU
1.     Pakaian tradisional lelaki
·       Lelaki menggayakan baju potongan moden bersampin broked oren keemasan, pinggang berikat selendang sifon dan berkopiah.  
2.     Baju baldu
·       Wanita Melanau menggayakan baju baldu hitam dengan sarung songket Brunei tenunan Sarawak, bertali pimggamg pending besar, diserikan dokoh dan perhiasan kepala kepih sanggul 
3.     Baju baban
·       Baju baban asal pakaian pengantin perempuan. Baju kurung pendek warna hitam dipadankan dengan kain songket. Di dada memakai 2 helai selendang merah dan perhiasan diri kepih dada dan kepih sanggul.  
MAKANAN TRADISIONAL KAUM MELANAU
1.     Selisih Mulong
2.     Ulat tabaloi
3.     Pipuih dan sagok



PENGAJIAN MALAYSIA

DIA 5C

Khas untuk Dr Azwani

0 comments:

Post a Comment