by 07:36 0 comments

KELABIT

Kelabit merupakan suku kaum yang terkecil di Pulau Borneo. Secara tradisinya, suku kaum ini mendiami Dataran Tinggi Kelabit di Pulau Borneo, namun kini mereka sudah dapat ditemui di merata-rata tempat.
Beberapa orang sarjana seperti Tom Harrison, Toynbee dan Le Bar menyatakan bahawa sebutan “Kelabit” ini berasal daripada pertemuan pertama antara Charles Hose yang merupakan Residen Bahagian Baram yang pertama dengan beberapa orang pelawat dari Pa’ Labid yang telah melawat stesen kerajaan yang masa itu terletak berdekatan dengan Kuala Baram. Malangnya, pelawat-pelawat ini tidak pandai bertutur apa-apa bahasa. Apabila disoal tentang “bangsa” mereka, jawapan mereka ialah “Kami orang dari Pa’ Labid”. Sebutan Pa’ Labid telah disalahfahamkan sebagai “Kelabit”.

AKTIVITI-AKTIVITI EKONOMI
System ekonomi tradisional yang diamalkan bersifat sendiri
·       Mengusahakan penanaman sawah padi.
·       Mengusahakan pertanian huma secara berpindah randah seperti ubi kayu, jagung, keledek dan lain-lain.
Ekonomi perdagangan tukar barang (sistem barter)
·       Terkenal dengan perdagangan garam.
·       Menghasilkan getah jelutung, rotan dan hasil hutan untuk perdagangan barter.
·       Terkenal sebagai pemburu tamadtur (badak) yang cekap

INSTITUSI SISTEM SOSIAL
Stratifikasi Sosial
Masyarakat Kelabit tradisional membahagikan mayarakat mereka kepada tiga kelas utama:
·       Lun Paran (aristokrat)
·       Lun Doo (orang kebanyakan)
·       Lun Ian-ada (orang suruhan)

Sistem Kepercayaan
1.     Kepercayaan Tentang Pencipta Alam Semesta
·       Guma Nepalad merupakan Tuhan pencipta Guyun(manusia yang pertama) serta saudaranya digelar Lun Rabda’(keluhur manusia)
·       Lembah-lembah di permukaan bumi ini adalah kesan tapak kaki roh keluhur yang perkasa

2.     Kepercayaan Terhadap Semangat
·       Menggelarkan semangat sebagai Darayah iaitu semangat yang memiliki sifat-sifat baik dan buruk.
·       Darayah sebagai tempat memohon pertolongan dan perlindungan.
·       Berbaik-baik dengan Darayah dengan melalui beberapa bentuk ritual memberi persembahan dan korban.

3.     Kepercayaan Tentang Kewujudan Hantu dan Penunggu
·       Alam sekitar hidup mereka penuh deangan makhluk-makhluk halus dan roh-roh yang menghuni benda unik seperti batu-batu besar, pokok-pokok besar dan sebagainya.
·       Percaya wujudnya bayah buda’ (buaya putih) dan ada’ penegag (hantu naga) yang menghuni bahagian sungai.
·       Percaya terhadap mimpi-mimpi baik atau buruk




PENGAJIAN MALAYSIA

DIA 5C

Khas untuk Dr Azwani

0 comments:

Post a Comment