PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB)


·       Ditubuhkan pada 24 Oktober 1945 di San Fransisco, Amerika Syarikat.
·       Malaysia diterima menjadi anggota ke -82 pada 17 September 1957.
·       Keputusan menyertai PBB dibuat selaras dengan dasar luar Malaysia untuk berbaik-baik dan bekerjasama dengan semua negara demi menjamin keamanan dan kemakmuran dunia.
MATLAMAT –MATLAMAT UTAMA PBB
·       Mengekalkan keamanan dan keselamatan dunia.
·       Menggalakkan kerjasama antarabangsa dalam bidang-bidang ekonomi, social dan kebudayaan.
·       Melindungi hak-hak asasi manusia tanpa mengira kaum, jantina atau agama.
PROGRAM YANG DILAKSANAKAN OLEH PBB
·       Majlis Perhimpunan Agung
·       Keselamatan bagi menentukan dan memutuskan isu-isu keselamatan melalui kuasa veto.
·       Majlis Ekonomi dan Sosial PBB bagi meningkatkan taraf hidup.
·       Bantuan kecemasan kepada mangsa peperangan, terutama kanak-kanak.
·       Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa.
STRATEGI YANG DIGUNAKAN OLEH PBB
·       Persidangan perwakilan Negara anggota bagi menyelesaikan masalah pertikaian yang melibatkan Negara-negara anggota.
·       Menyelesaikan sebarang isu atau pertelingkahan dunia.
·       Mengadili sebarang  pertikaian antarabangsa.
·       Mengendalikan program PBB melalui agensi termasuk :
- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
- Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Orang-Orang Pelarian (UNHCR)
- Rancangan Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP)
- Tabung Kanak-kanak Bangsa-Bangsa bersatu (UNICEF)
·       Khemah-khemah pelarian sebagai penempatan pelarian didirikan untuk berlindung, memperoleh makanan, pakaian dan perubatan.
·       Membantu pelarian Vietnam dan Kampuchea mendirikan penempatan sementara.
BADAN-BADAN PBB YANG UTAMA
·       Majlis Perhimpunan Agung
·       Majlis Keselamatan
·       Majlis Amanah
·       Majlis Ekonomi dan Sosial
·       Mahkamah Pengadilan Antarabangsa
·       Sekretariat
MAKLUMAT TAMBAHAN
·       Ketua PBB ialah Setiausaha Agung.
·       Setiausaha Agung PBB yang pertama ialah Trygve Lie dari Norway.
·       Keputusan Perhimpunan Agung mengenai perkara-perkara yang mustahak dibuat berasaskan sokongan 2/3 daripada ahli yang hadir.
·       Keputusan mengenai perkara-perkara lain hanya memerlukan sokongan lebih suara.
·       Selaku ahli PBB, Malaysia menyertai secara aktif dalam perbincangan PBB dengan menyuarakan pendirian mengenai pelbagai isu yang mempunyai kepentingan kepada Malaysia dan Negara-negara membangun.
·       Bukti komitmen Malaysia terhadap perkembangan dunia yang aman ialah penyertaan Malaysia dalam Sembilan misi pengaman PBB seperti di Congo, Bosnia-Herzegovina,Angola, Timur Leste dan lain-lain.

·       Malaysia juga telah dilantik untuk menganggotai Majlis Keselamatan PBB dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia PBB.

KOMANWEL

·       Ditubuhkan pada 1931 dengan pimpinan Queen Elizabeth (Ratu England) yang berpusat di Malborough House, London.
·       Komanwel dianggotai oleh Negara-negara bekas jajahan British yang telah mencapai kemerdekaan.
·       Syarat- syarat keahlian Komanwel mestilah sebuah negara merdeka, persamaan taraf dan taat setia kepada Raja Britain.
·        Keanggotaan kini ialah 49 negara anggota.

Tujuan penubuhan
·       Mengeratkan perhubungan dan perpaduan di kalangan negara anggota
·       Membentuk persepaduan di bawah satu pertubuhan dan bekerjasama dalam pelbagai bidang di kalangan negara anggota
·       Menjaga kebajikan negara-negara ahli untuk memajukan negara anggota
·       Memberikan kemudahan dan layanan yang baik daripada kerajaan Britain terutama untuk pasaran barangan negara anggota Komanwel di Britain
·       Pakar- pakar dalam pelbagai bidang dapat berbincang untuk meningkatkan lagi kepakaran negara anggota
·       Memberikan kemudahan pendidikan kepada negara anggota melalui Rancangan Pelajaran Komanwel

Peranan Malaysia

·       Menyuarakan rasa tidak puas hati dan tentangan terhadap dasar Apartheid di Afrika Selatan.
·       Menyokong sepenuhnya sekatan ekonomi terhadap Afrika Selatan, ketika dasar Apartheid dijalankan oleh orang kulit putih
·       Menyeru negara maju supaya memberi perhatian kepada Komanwel.
·       Pada tahun 1989, Malaysia telah menganjurkan CHOGM di Kuala Lumpur.
·       Malaysia telah membangkitkan isu alam sekitar dan hak asasi manusia dengan mengeluarkan Deklarasi Langkawi mengenai alam sekitar
·       Malaysia telah memberikan maklumat tentang benih pokok getah dan cara menanam getah kepada Sri Lanka.
·       Malaysia turut memberi biasiswa kepada pelajar Britain, India, New Zealand dan lain- lain negara untuk belajar di negara kita.

Faedah Malaysia menyertai Komanwel
·       Malaysia dapat memeterai perjanjian pertahanan dengan Britain yang juga melibatkan Australia dan New Zealand.Ketiga-tiga negara (Britain, Australia, New Zealand)membantu Malaysia semasa konfrantasi Indonesia.
·       Malaysia menyertai Perjanjian Pertahanan Lima Negara. Melalui perjanjian ini Britain secara automatik akan membantu Malaysia jika diserang musuh.
·       Negara Britain banyak menanam modal di Malaysia dalam sektor ekonomi perlombongan dan perladangan.
·       Melalui Rancangan Colombo pelajar Malaysia mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke Britain, Australia dan New Zealand



Program Komanwel

·       Sukan Komanwel telah diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia dari 11 hingga 21 September 1998 yang merupakan tuan rumah negara Asia yang pertama dan Sukan Komanwel terakhir untuk abad ke-20.

·       Temasya ke-16 dibuka rasmi oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Ja’afar ibni AlmarhumTuanku Abdul Rahman pada 11 September, dan ditutup rasmi oleh Ratu Elizabeth II.




DASAR WAWASAN 2020

Ø  Dibentangkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr.Mahathir pada tahun 1991.
Ø  Mengandungi suatu pemikiran dan rangka kerja tentang matlamat Malaysia menjadi negara maju menjelang tahun 2020.
Ø  Kemajuan – ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaan, kebudayaan.

HASIL
Ø  Malaysia maju dalam seluruh aspek kehidupan.
Ø  Kemajuan fizikal dan meliputi nilai nilai moral dan etika yang tinggi.
Ø  Negara yang benar-benar maju, bersatu, progresif dan mampu berdikari.
Ø  Masyarakat yang bertoleransi, berdaya saing, berdaya tahan, dinamik dan demokratik.

9 CABARAN DAN STRATEGI PELAKSANAAN
CABARAN
CIRI-CIRI
STRATEGI
Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu

-Wujud integrase kaum
-Bekerjasama antara kaum
Sekolah Wawasan & Program Khidmat Negara

Membina masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan berkeyakinan

-Berjiwa bebas
-Tenteram
-Tidak mengalah kepada sesiapa
Cogan kata ‘Malaysia Boleh’

Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang

-Mengamalkan demokrasi
-Mengamalkan satu bentuk persefahaman yang matang
Majlis Perundingan Ekonomi (MAPEN)

Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika

-Nilai kukuh dalam agama
-Nilai moral dan etika yang tinggi
Subjek Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam




Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi

-Liberal dan bertolak ansur
-Mementingkan kesetiaan kepada negara kita
Program Citrawarna

Membina masyarakat yang maju dan saintifik

-Memiliki daya perubahan tinggi
Koridor Raya Multimedia (MSC), Sekolah Bestari

Mewujudkan masyarakat dan budaya penyayang

-Kepentingan masyarakat lebih diutamakan
-Mementingkan kebajikan semua insan
Hotline 8003040, Yayasan Penyanyang  Malaysia (CARE), segmen Jejak Kasih

Menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonominya

-Perkongsian dalam bidang ekonomi
-Tidak wujud pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi
Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPBB)

Memupuk dan membina masyarakat makmur

-Ekonomi berdaya saing
-Dinamik
-Kental
Gantian optik, Sistem LRT dan Monorel