by 07:27 0 comments

ETNIK PENAN, SARAWAK BORNEO

v  Etnik Penan adalah salah satu daripada etnik minority di Sarawak Bumi Kenyalang
v  Berasal dari satu kawasan legenda yang dinamakan Dataran Usun Apau.

KEHIDUPAN DAN ADAT RESAM
ü  Mendiami hutan belantara iaitu di kawasan Baram dan Limbang seperti di timur Sungai Baram contohnya di Tutoh, Patah, Apoh, Upper Akah, Selaan, Selungo.
ü  Mengamalkan sistem nomad
ü  Mencari hasil hutan dan memburu sebagai pendapatan
ü  Jika ada di kalangan mereka yag meninggal dunia, mereka akan berpindah ke tempat yang lain

Etnik Penan terbahagi kepada 2 :
·       Penan Timur
·       Penan Barat
Bahasa Etnik Penan :
·       Bahasa Austronesian iaitu Malayo-Polynesian, North Borneo, North Sarawakan, Kayan-Kenyah Penan
·       Bahasa Penan Timur mempunyai dialek iaitu  Penan Apoh
Agama Etnik Penan :
·       Mengamalkan agama pagan atau animism
·       Etnik Penan juga ramai memeluk agama Kristian samada sebagai penganut Roman Katolik atau Sijil Injil Borneo (SIB)
Adat perkahwinan
·       Perkahwinan sesama adik beradik dilarang sama sekali
Seni etnik Penan
·       Alat muzik seperti Atui, Oreng dan Keringut
·       Alat muzik diperbuat daripada pohon –pohon di hutan yang terbaik contohnya Atui yang diperbuat daripada damar-damar di hutan
·       Sekiranya ada pemburu yang dapat membunuh harimau dahan maka Atui akan dipukulkan untuk dijadikan petunjuk bahawa ada seorang perwira Penan yang mampu menumbangkan seekor binatang yang gagah di hutan ini.

·       Etnik Penan mahir membuat kraftangan tradisional dan juga besi.

PENGAJIAN MALAYSIA

DIA 5C

Khas untuk Dr Azwani

0 comments:

Post a Comment