by 05:21 0 comments

SURUHANJAYA COBBOLD


Suruhanjaya Cobbold adalah suruhanjaya yang dibentuk bersama oleh kerajaan British dan Malaya pada tahun Januari 1962 untuk memungut dan menentukan pandangan rakyat Borneo Utara (sekarang Sabah dan Labuan) dan Sarawak sama ada menyokong cadangan untuk membentuk atau membuat Persekutuan Malaysia yang terdiri daripada Malaya, Singapura, Borneo Utara, dan Sarawak.

 Suruhanjaya ini menjalankan tugasnya dari 19 Februari sehingga 18 April 1962. Sebanyak 50 perjumpaan dengan 690 kumpulan orang ramai diadakan. Selain itu, 2000 atau lebih memorandum telah diterima. Pada 18 April 1962, laporan disiapkan dan diserahkan kepada Kerajaan Tanah Melayu dan British pada Jun 1962.

Ahli-ahli Suruhanjaya Cobbold adalah:
·      Lord Cameron Cobbold, bekas Gabenor Bank England, Ketua Suruhanjaya,
·      Tan Sri Wong Pow Nee, Ketua Menteri Pulau Pinang,
·      Tun Mohd Ghazali Shafie, Setiausaha Tetap ke Kementerian Luar Negeri,
·      Anthony Abell, bekas Gabenor Sarawak,
·      David Watherston, bekas Setiausaha Utama Malaya.
   
Tugas utama Suruhanjaya Cobbold ialah
·      Meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak mengenai Malaysia.

·      Membuat syor-syor perlembagaan.

PENGAJIAN MALAYSIA

DIA 5C

Khas untuk Dr Azwani

0 comments:

Post a Comment