Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM)
23 Julai 1961,
diadakan satu mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel (PKM) antara Tanah Melayu
dan Borneo di Singpura. Tujuan mesyuarat untuk menjelaskan konsep Malaysia dan
bagi mengurangkan salah faham di kalangan pemimpin yang hadir ke mesyuarat
tersebut iaitu perwakilan dari Sabah, Sarawak dan Brunei.
Kesan dari
persefahaman ini wujudlah Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM).
Diketuai oleh Donald Stephen (anggota Majlis
Undangan Sabah) dan anggotanya yang lain ialah Tunku Abdul Rahman (Tanah
Melayu), Lee Kuan Yew (Singapura), Dato' Mustapha Dato' Harun (Sabah),
Temenggung Jugah Anak Berieng (Sarawak) dan Dato' Setia Pangeran Ali (Brunei).
Namun, perwakilan Brunei menganggap mereka sebagai pemerhati kerana
ketidaksediaan Brunei menyertai gabungan.
JPPM
ini bertujuan:
·
Menerangkan dengan lebih jelas akan konsep Malaysia kepada
orang ramai.
·
Untuk mengumpul dan membandingkan idea-idea serta pendapat
yang dikemukakan berhubungan dengan Malaysia.
·
Berusaha untuk mendapatkan kata sepakat daripada
pemimpin-pemimpin politik dari semua daerah yang terbabit dengan Malaysia.
·
Perjumpaan sebanyak 4 kali telah dijalankan semenjak wujudnya
JPPM ini. Perjumpaan telah diadakan:
·
Di Jesselton iaitu Kota Kinabalu pada 21 Ogos 1961
·
Di Kuching pada 18 Disember 1961
·
Di Kuala Lumpur pada 6 Januari 1962
·
Di Singapura pada 1 Februari 1962
Perjumpaan ini telah mendatangkan hasil yang sangat baik
kerana pemimpin-pemimpin Sabah dan Sarawak telah bersetuju dengan konsep
Malaysia.
0 comments:
Post a Comment