by 04:17 0 comments

SEBAB PENENTANGAN TERHADAP MALAYAN UNION

Kehilangan kedaulatan & kuasa raja
·      Pada pandangan orang Melayu, Sultan/Raja merupakan lambang kuasa dan kedaulatan orang Melayu
·      Sultan kehilangan kuasa di tangan Gabenor
·      Sultan berkuasa pada nama sahaja
·      Sultan kehilangan kuasa pentadbiran
·      Sultan hanya berkuasa keatas hal ehwal agama Islam dan adat istiadat orang Melayu
Pemberian kerakyatan secara jus soli
·      Mengurangkan majority orang Melayu
·      Kedudukan ekonomi dan politik akan terjejas
·      Hak istimewa orang Melayu terancam
·      Orang Melayu bimbang kemungkinan bilangan kaum lain akan melebihi kaum bumiputera
Malayan Union digubal tanpa mendapatkan pandangan orang Melayu
·      Malayan Union dirancang di London tanapa pengetahuan dan penglibatan pemimpin-pemimpin Melayu
·      Usaha pelaksanaannya dilakukan secara tergesa-gesa
·      Sultan diberi masa sehari untuk membaca syarat-syarat dan menandatanganinya tanpa berbincang dengan pembesar negeri
Kaedah Harold Mac Michael mendapatkan tandatangan raja-raja Melayu
·      Menggunakan kekerasan dan paksaan
·      Sultan tidak diberi masa yang cukup untuk bincang dengan pembesar-pembesar negeri dan rakyat

·      Mac Michael mendapatkan persetujuan tanpa menyatakan syarat-syarat yang terkandung di dalam Malayan Union

PENGAJIAN MALAYSIA

DIA 5C

Khas untuk Dr Azwani

0 comments:

Post a Comment