by 04:05 0 comments

CIRI-CIRI MALAYAN UNION


·       Semua negeri Melayu termasuk Pulau Pinang dan Melaka disatukan di bawah pemerintahan Gabenor British.
Gabenor British in dibantu oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis Undangan Persekutuan.
·       Kerajaan Malayan Union ini berpusat di Kuala Lumpur.
·       Singapura dikeluarkan daripada persekutuan,
Singapura dijadikan Tanah Jajahan Mahlota British di bawah seorang Gabenor British.
Singapura dijadikan pangkalan amgkatan tentera laut British.
Singapura dipisahkan atas alasan mempunyai bilangan penduduk Cina yang ramai.
·       Kedaulatan Raja-raja Melayu dihapuskan.
Sultan hanya sebagai satu gelaran dan mereka hanya boleh bersuara dalam hal-hal yang menyentuh agama Islam dan adat resam Melayu sahaja.
·       Hak kerakyatan yang sama bagi semua orang tanpa mengambil kira bangsa dan keturunan.
Sesiapa yang telah menetap di Tanah Melayu sebelum Malayan Union boleh menjadi warganegera secara automatik.
Prinsip Jus Soli dipraktikkan dalam soal kewarnegaraan. Jus Soli ialah hak untuk mendapat kerakyatan di sesebuah negara berdasarkan kelahiran di negara itu.
Sesiapa yang berumur 18 tahun  dan keatas serta bermastautin di Persekutuan atau Singapura selama 10 hingga 15 tahun sebelum 15 Februaru 1942 akan diberi kerakyatan.
Kanak-kanak di bawah umur 18 tahun di mana ibu bapanya warganegara, turut akan mendapat kerakyatan. 
Prinsip Jus Soli dan Syarat di atas hanya akan menghilangkan majoriti kaum Melayu di Tanah Melayu.
·       Pesuruhjaya Negeri akan dilantik di setiap negeri sebagai ketua pentadbir dan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Negeri (terdiri daripada pegawai British).
·       Sebelum ini, Majlis Mesyuarat Negeri ada juga dianggotai oleh pembesar Melayu tempatan.

PENGAJIAN MALAYSIA

DIA 5C

Khas untuk Dr Azwani

0 comments:

Post a Comment