by 07:06 0 comments

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN


SEJARAH AWAL PENDIDIKAN NEGARA
v Sebelum merdeka, beberapa dasar telah diadakan untuk menggubal system pendidikan di Negara ini.    Tanah Melayu ingin mencapai kemerdekaan dan perpaduan yang merupakan elemen penting untuk menjayakan rancangan tersebut.
1.     Wujud Laporan Barnes 1950 (ogos 1950) untuk mengkaji masa depan sistem pendidikan di Tanah Melayu.
2.     Laporan Fenn-Wu 1951 ditubuhkan mengkaji kedudukan sekolah Cina.
3.     Selepas pilihanraya pertama jawatankuasa Pendidikan ditubuhkan pada1956 dibawah Tun Abdul Razak iaitu Laporan Razak 1956.
v Satu dasar pendidikan telah diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak yang dikenali sebagai Penyata Razak 1956. Pada tahun 1960 satu lagi dasar telah diadakan untuk menyemak semula Penyata Razak 1956 iaitu Penyata Rahman Talib 1960.
v Dasar Pendidikan Kebangsaan 1961 digubal berdasarkan Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 untuk mewujudkan persefahaman dan perpaduan.
v Selepan itu, Jawantankuasa Kabinet telah ditubuhkan pada 1974 untuk mengkaji semula dasar pendidikan bagi menyesuaikannya dengan perkembangan ekonomi Negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan kea rah perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.”
HASIL PELAKSANAAN DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
v Menubuhkan 1 sistem pendidikan memenuhi keperluan negara & menggalakan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi & politik.
v Menyatupadukan semua kaum dan menyediakan tenaga kerja yang mencukupi
v Melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih.
v Menggalakkan perkembangan bidang kebudayaan,social, ekonomi dan politik.
v Memenuhi keperluan tenaga rakyat Negara dalam jagka masa panjang dan jangka masa pendek.

MATLAMAT DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
v Falsafah ini telah menggariskan tiga bidang utama, antaranya:-
o   Perkembangan individu
o   Perpaduan rakyat
o   Kemakmuran Negara
v Langkah-langkah yang telah diambil oleh Kementerian Pendidikan bagi mencapai matlamat ini ialah memperkenalkan,
o   Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
o   Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
v Hal ini bagi melahirkan rakyat Malaysia yang dapat memenuhi keperluan Negara dan mampu menghadapi sebarang persaingan serta cabaran masa hadapan.
v Falsafah Pendidikan Negara memberikan penekanan kepada 4 aspek penting bagi perkembangan seseorang individu, iaitu
o   Jasmani               J
o   Emosi                   E
o   Rohani                 R
o   Intelek                 I

STRATEGI DAN PELAKSANAAN
v Beberapa strategi telah digubal untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan yang telah ditetapkan seperti berikut:
o   Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama
o   Mengadakan kurikulum dan sistem peperiksaan yang sama di semua sekolah
o   Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan
o   Mengagihkan peruntukan secara adil termasuk di kawasan luar bandar dan pendalaman
o   Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang berasaskan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira pada tahun 1983 yang menjurus kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989
o   Memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik melalui penyusunan semula kurikulum Sekolah Vokasional pada tahun 1978
o   Mempelbagai & memperbanyakan kemudahan pendidikan diperingkat universiti khususnya bidang sastera gunaan dan sains gunaan
o   Mempertingkatkan Pendidikan Islam, Kerohanian, Moral dan Disiplin
o   Menjadikan Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris mata pelajaran wajib di sekolah-sekolah disamping bahasa ibunda masing-masing
o   Menggalakan aktiviti kokurikulum seperti pasukan-pasukan kadet tentera, kadet polis, pengakap, Puteri Islam dan lain-lain

v Beberapa contoh bahagian dan jawatankuasa ditubuhkan oleh Kementerian dan Jabatan Pendidikan bagi mencapai cita-cita dasar ini, iaitu

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan
Bahagian Pelajaran Teknik dan Vokasional
Jawatankuasa Pusat Kurikulum
Biro Buku Teks
Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia

PENCAPAIAN
v Secara keseluruhannya, tenaga rakyat hasil pendidikan dapat memenuhi keperluan guna tenaga Negara
v Pendidikan mengeratkan jurang pengenalan pekerjaan mengikut kaum & mengurangkan kadar kemiskinan
v Kesedaran kebangsaan Malaysia juga dapat dirasai antara kaum di sekolah
v Penguasaan Bahasa Melayu antara kaum di Malaysia lebih memuaskan
v Pendidikan & latihan meningkatkan pendapatan golongan berpendapatan rendah & membaiki taraf hidup mereka

PENGAJIAN MALAYSIA

DIA 5C

Khas untuk Dr Azwani

0 comments:

Post a Comment