PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948
1. Diisytiharkan
melalui satu perjanjian yang ditandatangani oleh 9 orang Raja-Raja Melayu
dengan Pesuruh Tinggi Britush pada 21 Januari 1948 bagi menggantikan Malayan
Union.
2. Ciri-ciri
perlembagan Persekutuan Tanah Melayu 1948
· Pesuruhjaya
Tinggi British telah mengetuai perlembaggan dan dibantu oleh sebuah Majlis
Mesyuarat Kerja dan Majlis Undangan Persekutuan.
·
9 buah negeri Melayu dan 2 buah
negeri-negeri selat iaitu Pulau Pinang dan Melaka terlibat dan dikekalkan
sebagai sebuah tanah jajahan Britsh yang berasingan.
· Penubuhan
Majlis Raja-raja Melayu yang ditugaskan untuk menasihati Pesuruhjaya Tinggi
British dan Majlis Mesyuarat Undangan Negeri yang mana fungsinya sama seperti
Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan.
· Jawatan
Residen British telah diganti dengan Jawatan Menteri Besar dan kuasa kerajaan
negeri pula ditambah termasuk kewangan, kerajaan tempatan dan kesihatan.
· Pada
tahun 1948, perlembagan telah dikuatkuasakan dan bagi orang asing yang ingin
menetap di Tanah Melayu telah diberi kerakyatan.
· Mereka
yang dianggap sebagai warganegara Persekutuan Tanah Melayu ialah:
1.
Semua rakyat raja di sebuah negeri Melayu.
2.
Rakyat British yang dilahirkan di Pulau Pinang dan
Melaka serta menetap selama 15 tahun berturut-turut di mana-mana negeri dalam
Persekutuan
3.
Rakyat British yang dilahirkan di persekutuan yang
bapanya sendiri dilahirkan di persekutuan atau telah mentap selama 15 tahun
berturut-turut.
4.
Mereka yang dilahirkan dalam persekutuan dan
bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat Melayu. Mereka yang
dilahirkan di persekutuan dan tela menmetap selama 15 tahu berturut-turut.
·
Penduduk lain yang bukan daripada kalangan di atas
layak memohon menjadi warganegara dengan syarat-syarat berikut:
1.
Dilahirkan di persekutuan dan menetap selama lapan
tahun dari tempoh 12 tahun atau menetap
selama 15 tahun daripada 20 tahun sebelum permohonan itu dibuat
2.
Pemohon mesti dapat meyakinkan bahawa mereka akan
berkelakuan baik, mmpunyai pengetahuan dalam bahasa Melayu atau Inggeris dan
mesti berumur tidak kurang dari 18 tahun.
0 comments:
Post a Comment