by 05:22 2 comments

JAWATANKUASA ANTARA KERAJAAN (JAK)

JAK ditubuhkan pada Ogos 1962 untuk merangka Perlembagaan Malaysia.Pengerusinya ialah Lord Landsdowne dan Timbalan Pengerusinya ialah Tun Abdul Razak.Anggotanya terdiri daripada wakil British, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.Wakil Sabah telah mengemukakan memorandum yang mengandungi 20 perkaraAntaranya ialah:

a)    Agama Islam – agama rasmi persekutuan. Tiada agama rasmi di Sabah.
b)    Bahasa Inggeris – bahasa rasmi Sabah; Bahasa Melayu – bahasa kebangsaan.
c)    Imigresen orang asing Sabah di bawah kuasa negeri Sabah.
d)    Sistem pendidikan Sabah dikekalkan.
e)    Perwakilan Parlimen harus mengambil kira keluasan kawasan dan bilangan penduduk.
Pemimpin Sarawak tidak mengemukakan memorandum tetapi bersetuju dengan memorandum yang dikeluarkan oleh Sabah.
·         27 Februari 1963 JAK mengeluarkan laporan
·         8 Mac 1963 Dibentangkan di Majlis Negeri Sarawak
·         13 Mac 1963 Dibentangkan di Sabah.
Kedua-dua negeri menerima laporan ini dan laporan ini seterusnya diluluskan oleh Parlimen Tanah Melayu dan menjadi Akta Malaysia 1963

PENGAJIAN MALAYSIA

DIA 5C

Khas untuk Dr Azwani

2 comments: