Kesan-kesan Darurat

by 07:43 0 comments

a)     Kesan politik
·       Melambatkan proses politik dan perlembagaan di TM kerana kerajaan British terpaksa memberi lebih tumpuan untuk membanteras kegiatan komunis.
·       British mempercepatkan langkah-langkah memberi taraf berkerajaan sendiri kepada penduduk tempatan.
·       Kerajaan British mengambil tindakan keras terhadap parti-parti politik berhaluan kiri yang bersimpati dengan  perjuangan PKM seperti Ahmad Boestamam, Ishak Hj. Muhammad, Parti Kebangsaan Melayu Malaya, Angkatan Pemuda Insaf, Angkatan Wanita Sedar, PUTERA
·       Kegiatan politik mula dilonggarkan dan ini membawa kepada kelahiran beberapa buah parti politik seperti Parti Islam Se-Malaya (PAS), dan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP)


b)     Kesan Ekonomi
·       Kerajaan memikul beban perbelanjaan yang besar untuk membanteras pemberontakan bersenjata PKM.
·       Banyak ladang getah dan lombong bijih timah menjadi sasaran serangan komunis untuk melumpuhkan ekonomi TM.
·       Serangan ke atas landasan kereta api dan kenderaan awam memberi kesan kepada sistem perhubungan dan menjejaskan kegiatan perdagangan.
·       Kegiatan ekonomi yang sering tergendala menjejaskan pengeluaran hasil bumi dan eksport TM.
·       Banyak kerja dan hasil pertanian di pinggir hutan terbiar apabila penduduknya dipindahkan ke kawasan lain.
·       Catuan makanan kerana masalah kekurangan beras disebabkan banyak kawasan sawah dibiarkan petani tanpa diusahakan akibat perintah berkurung.


c)     Kesan Sosial
·       Menimbulkan kesusahan dan penderitaan keatas kehidupan rakyat akibat keganasan komunis.
·       Kesukaran mendapatkan  bekalan makanan dan bergerak akibat pelbagai sekatan oleh kerajaan.
·       Undang-undang darurat memberi kuasa kepada kerajaan untuk mengambil tindakan yang perlu bagi menentang komunis.
·       Kerajaan British melonggarkan syarat kerakyatan.
·       Masalah hubungan kaum terutama diantara orang Melayu dan Cina.
·       Penubuhan Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum 1949, diketuai Dato’ E.E.C. Thuraisingham.
·       Penubuhan Malayan Chinese Association (MCA) pada Februari 1949 untuk menarik minat orang Cina bergiat dalam pertubuhan politik berhaluan kanan dan mengubah sikap mereka terhadap ideologi komunisme.
·       Dasar Pelajaran Kebangsaan 

PENGAJIAN MALAYSIA

DIA 5C

Khas untuk Dr Azwani

0 comments:

Post a Comment