by 08:09 0 comments

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB)


·       Ditubuhkan pada 24 Oktober 1945 di San Fransisco, Amerika Syarikat.
·       Malaysia diterima menjadi anggota ke -82 pada 17 September 1957.
·       Keputusan menyertai PBB dibuat selaras dengan dasar luar Malaysia untuk berbaik-baik dan bekerjasama dengan semua negara demi menjamin keamanan dan kemakmuran dunia.
MATLAMAT –MATLAMAT UTAMA PBB
·       Mengekalkan keamanan dan keselamatan dunia.
·       Menggalakkan kerjasama antarabangsa dalam bidang-bidang ekonomi, social dan kebudayaan.
·       Melindungi hak-hak asasi manusia tanpa mengira kaum, jantina atau agama.
PROGRAM YANG DILAKSANAKAN OLEH PBB
·       Majlis Perhimpunan Agung
·       Keselamatan bagi menentukan dan memutuskan isu-isu keselamatan melalui kuasa veto.
·       Majlis Ekonomi dan Sosial PBB bagi meningkatkan taraf hidup.
·       Bantuan kecemasan kepada mangsa peperangan, terutama kanak-kanak.
·       Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa.
STRATEGI YANG DIGUNAKAN OLEH PBB
·       Persidangan perwakilan Negara anggota bagi menyelesaikan masalah pertikaian yang melibatkan Negara-negara anggota.
·       Menyelesaikan sebarang isu atau pertelingkahan dunia.
·       Mengadili sebarang  pertikaian antarabangsa.
·       Mengendalikan program PBB melalui agensi termasuk :
- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
- Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Orang-Orang Pelarian (UNHCR)
- Rancangan Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP)
- Tabung Kanak-kanak Bangsa-Bangsa bersatu (UNICEF)
·       Khemah-khemah pelarian sebagai penempatan pelarian didirikan untuk berlindung, memperoleh makanan, pakaian dan perubatan.
·       Membantu pelarian Vietnam dan Kampuchea mendirikan penempatan sementara.
BADAN-BADAN PBB YANG UTAMA
·       Majlis Perhimpunan Agung
·       Majlis Keselamatan
·       Majlis Amanah
·       Majlis Ekonomi dan Sosial
·       Mahkamah Pengadilan Antarabangsa
·       Sekretariat
MAKLUMAT TAMBAHAN
·       Ketua PBB ialah Setiausaha Agung.
·       Setiausaha Agung PBB yang pertama ialah Trygve Lie dari Norway.
·       Keputusan Perhimpunan Agung mengenai perkara-perkara yang mustahak dibuat berasaskan sokongan 2/3 daripada ahli yang hadir.
·       Keputusan mengenai perkara-perkara lain hanya memerlukan sokongan lebih suara.
·       Selaku ahli PBB, Malaysia menyertai secara aktif dalam perbincangan PBB dengan menyuarakan pendirian mengenai pelbagai isu yang mempunyai kepentingan kepada Malaysia dan Negara-negara membangun.
·       Bukti komitmen Malaysia terhadap perkembangan dunia yang aman ialah penyertaan Malaysia dalam Sembilan misi pengaman PBB seperti di Congo, Bosnia-Herzegovina,Angola, Timur Leste dan lain-lain.

·       Malaysia juga telah dilantik untuk menganggotai Majlis Keselamatan PBB dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia PBB.

PENGAJIAN MALAYSIA

DIA 5C

Khas untuk Dr Azwani

0 comments:

Post a Comment