by 08:05 0 comments

KOMANWEL

·       Ditubuhkan pada 1931 dengan pimpinan Queen Elizabeth (Ratu England) yang berpusat di Malborough House, London.
·       Komanwel dianggotai oleh Negara-negara bekas jajahan British yang telah mencapai kemerdekaan.
·       Syarat- syarat keahlian Komanwel mestilah sebuah negara merdeka, persamaan taraf dan taat setia kepada Raja Britain.
·        Keanggotaan kini ialah 49 negara anggota.

Tujuan penubuhan
·       Mengeratkan perhubungan dan perpaduan di kalangan negara anggota
·       Membentuk persepaduan di bawah satu pertubuhan dan bekerjasama dalam pelbagai bidang di kalangan negara anggota
·       Menjaga kebajikan negara-negara ahli untuk memajukan negara anggota
·       Memberikan kemudahan dan layanan yang baik daripada kerajaan Britain terutama untuk pasaran barangan negara anggota Komanwel di Britain
·       Pakar- pakar dalam pelbagai bidang dapat berbincang untuk meningkatkan lagi kepakaran negara anggota
·       Memberikan kemudahan pendidikan kepada negara anggota melalui Rancangan Pelajaran Komanwel

Peranan Malaysia

·       Menyuarakan rasa tidak puas hati dan tentangan terhadap dasar Apartheid di Afrika Selatan.
·       Menyokong sepenuhnya sekatan ekonomi terhadap Afrika Selatan, ketika dasar Apartheid dijalankan oleh orang kulit putih
·       Menyeru negara maju supaya memberi perhatian kepada Komanwel.
·       Pada tahun 1989, Malaysia telah menganjurkan CHOGM di Kuala Lumpur.
·       Malaysia telah membangkitkan isu alam sekitar dan hak asasi manusia dengan mengeluarkan Deklarasi Langkawi mengenai alam sekitar
·       Malaysia telah memberikan maklumat tentang benih pokok getah dan cara menanam getah kepada Sri Lanka.
·       Malaysia turut memberi biasiswa kepada pelajar Britain, India, New Zealand dan lain- lain negara untuk belajar di negara kita.

Faedah Malaysia menyertai Komanwel
·       Malaysia dapat memeterai perjanjian pertahanan dengan Britain yang juga melibatkan Australia dan New Zealand.Ketiga-tiga negara (Britain, Australia, New Zealand)membantu Malaysia semasa konfrantasi Indonesia.
·       Malaysia menyertai Perjanjian Pertahanan Lima Negara. Melalui perjanjian ini Britain secara automatik akan membantu Malaysia jika diserang musuh.
·       Negara Britain banyak menanam modal di Malaysia dalam sektor ekonomi perlombongan dan perladangan.
·       Melalui Rancangan Colombo pelajar Malaysia mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke Britain, Australia dan New Zealand



Program Komanwel

·       Sukan Komanwel telah diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia dari 11 hingga 21 September 1998 yang merupakan tuan rumah negara Asia yang pertama dan Sukan Komanwel terakhir untuk abad ke-20.

·       Temasya ke-16 dibuka rasmi oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Ja’afar ibni AlmarhumTuanku Abdul Rahman pada 11 September, dan ditutup rasmi oleh Ratu Elizabeth II.




PENGAJIAN MALAYSIA

DIA 5C

Khas untuk Dr Azwani

0 comments:

Post a Comment