DASAR EKONOMI BARU
Latar
Belakang
· Diperkenalkan pada tahun 1970,
selepas peristiwa 13 Mei 1969 yang merupakan satu peristiwa hitam yang
melibatkan pertelingkahan dan rusuhan antara kaum.
· Berikutan dengan rusuhan kaum ini,
kerajaan telah meengambil tindakan tegas bagi mengkaji semula matlamat,
strategi dan program pembangunan Negara
1.
Jurang
sosioekonomi antara bumiputera dengan bukan bumiputera
2.
Jurang
sosioekonomi antara desa dengan Bandar
3.
Jurang
sosioekonomi antara negeri pantai timur dengan pantai barat
4.
Jurang
sosioekonomi antara negeri di Semenanjung Tanah Melayu dengan Sabah dan
Sarawak.
· Jurang kemiskinan menyebabkan perpaduan
masyarakat sukar dipupuk ditambah lagi permasalahan sosioekonomi antara kaum
yang berbeza.
· Kaum Bumiputera merupakan kaum yang
berada pada kadar kemiskinan kerana mereka terlibat dengan sektor pertanian
tradisional seperti penanaman padi, pekebun kecil, nelayan dan penternak.
· Faktor yang mengaitkan dengan
masalah kemiskinan adalah:
1.
Bencana
alam yang menyebabkan kerosakan tanaman
2.
Kejatuhan
harga barangan eksport akibat kemelesetan ekonomi dunia
3.
Saiz
isi rumah yang terlalu besar
4.
Pergantungan
kepada orang tengah
5.
Corak
pertanian tradisional yang mengurangkan input pengeluaran.
· Oleh sebab itu, Dasar Ekonomi Baru
(DEB) dilancarkan melalui Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP) yang mengambil
masa selama 20 tahun yang bermula dari tahun 1970-1990.
· Ia melibatkan empat rancangan lima
tahun Malaysia yang dimulakan dengan RMK2 dan berakhir dengan RMK5.
Matlamat
DEB
· Matlamat DEB besifar ‘serampang dua mata’ iaitu:
1.
Membasmi
kemiskinan tanpa mengira kaum
2.
Menyusun
semula masyarakat untuk menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.
Membasmi
Kemiskinan Tanpa Mengira Kaum
· Bagi mencapai matlamat membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum,
pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan iaitu:
ü Mewujudkan peluang pekerjaan tanpa
mengira kaum
ü Memodenkan kehidupan rakyat yang berpendapatan
rendah dan di luar Bandar
ü Menggalakkan penyertaan dalam bidang
perniagaan dan perindustrian
ü Memajukan golongan miskin dalam meningkatkan
pendapatan mereka
ü Membaik taraf dan kualiti hidup
rakyat melalui pelajaran, latihan,
infrastruktur dan sebagainya
· Strategi pembasmian kemiskinan turut diadakan oleh kerajaan kepada rakyat di kawasan
luar Bandar dan Bandar seperti:
1.
Pembasmian
kemiskinan di luar Bandar dibuat seperti:
v Menyediakan kemudahan perkhidmatan
awam untuk kawasan luar Bandar seperti bekalan elektrik, bekalan air, jalan
raya dan sebagainya
v Meenyediakan bantuan subsidi baja untuk
petani
v Menyediakan bantuan buku teks
percuma, makanan tambahan dan biasiswa untuk kemudahan pendidikan
v Menyediakan program rumah murah
2.
Pembasmian
kemiskinan di Bandar disasarkan kepada golongan yang terlibat dalam sektor
perlombongan, pembuatan, pembinaan dan perkhidmatan.
Penyusunan
Semula Masyarakat
v Dasar pecah dan perintah penjajahan
British menyebabkan wujudnya pengenalan kaum mengikut pekerjaaan
v Bagi mencapai matlamat untuk
menyusun semula masyarakat, kerajaan telah membuat beberapa strategi seperti:
Ø Meningkatkan pendapatan kaum melayu
dan menyusun kadar kemiskinan mengikut kaum
Ø Penyusunan semula corak guna tenaga
untuk membolehkan orang melayu diserap dalam sektor perniagaan
Ø Penyusunan semula hak milik dalam sektor syarikat untuk menambahkan
pemilikna rakyat dalam sektor swasta.
Ø Membinaa peluang perdagangan untuk
bumiputera
Ø Membangunkan kawasan-kawasan mundur
Ø Meluaskan peluang pelajaran dalam
luar dan dalam negeri.
0 comments:
Post a Comment