- Sultan Brunei iaitu Sultan Omar Ali Saifudin menyokong gagasan ini namun telah ditolak oleh Parti Rakyat Brunei (PRB) yang dipimpin oleh A.M. Azhari. Penentangan ini dibuat kerana beliau berpendapat bahawa Brunei mestilah mendapat kemerdekaan terlebih dahulu sebelum bergabung dengan Tanah Melayu. Beliau juga tidak mahu Brunei menjadi jajahan Malaysia. Beliau yakin bahawa Indonesia dan Filipina akan menyokong pendirian beliau dan penentangan telah membantutkan usaha Brunei untuk menyertai Malaysia.
- Pada peringkat awal, Sultan Brunei bersetuju menyertai gagasan tersebut namun telah menolak cadangan itu kerana baginda tidak bersetuju untuk membayar cukai hasil pengeluaran minyak kepada kerajaan pusat dalam tempoh 10 tahun dan baginda juga tidak berpuas hati kerana tidak diberi keistimewaan kedudukan dalam majlis raja-raja.
- Sultan Omar Ali telah membatalkan rancangan untuk menyertai Malaysia. Perubahan itu berlaku kerana Sultan Brunei kecewa sebab ada di antara tuntutan dan syarat baginda tidak dipenuhi.
Antara tuntutan tersebut ialah:
- Sekurang-kurangnya Brunei mendapat 10 kerusi di parlimen.
- Hasil minyak adalah dibawah penguasaan Brunei.
- Brunei juga diberi memegang autonomi kewangan.
- Semua pelaburannya hendaklah dikekalkan.
- Kadar cukai yang rendah dikekalkan.
- Program pendidikan dan kebajikannya diteruskan.
- Jaminan keselamatan keatas Brunei terjamin.
- Sultan Brunei inginkan kedudukan lebih tinggi dalam senarai yang akan menjadi Yang DiPertuan Agong.
0 comments:
Post a Comment